KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali BCL mengesahkan positif jangkitan COVID-19.
Menerusi laman Instagram (IG), isteri kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu memaklumkan, dia kini sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri.
“Saya baru menerima keputusan ujian calitan dan disahkan positif COVID-19. Saya kini sedang menjalani kuarantin dan insya-Allah akan kembali sembuh sepenuhnya tidak lama lagi.
“Saya menyeru agar orang ramai mengambil segala langkah keselamatan untuk kekal sihat dan selamat. Tolong jaga diri sendiri dan orang tersayang,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA
- ‘Dear Love…’ tanda cinta BCL
- Bunga sangat tabah dan profesional – Aishah Sinclair
- BCL lancar lagu buat arwah suami
- Zul Ariffin terkilan tak sempat usung jenazah Ashraf
Sebelum ini, BCL dilihat baru sahaja pulang bercuti bersama anaknya, Noah Sinclair dari Bali, Indonesia.
BCL turut menasihatkan agar orang ramai mengambil langkah dan penjagaan kebersihan bagi menguatkan sistem imunisasi tubuh masing-masing.
“Bina kekuatan sistem imunisasi anda dan tolong ambil berat soal ini secara serius. Kita akan berjumpa lagi,” tulisnya.
Dalam hantaran itu, pelantun lagu Cinta Sejati itu turut memuat naik dua gambar yang dipercayai sedang menjalani pemeriksaan di hospital.
Sementara itu, BCL memuat naik gambar bersama dua teman yang turut menjalani kuarantin kendiri pada hari kedua.
Kredit: Berita Harian