KUALA LUMPUR: Sehari sebelum menyambut Ramadan, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) bergotong-royong membersihkan Masjid Al Hidayah, Sentul bagi menyediakan ruang ibadat bersih dan selesa kepada jemaah.
Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, persatuan berbesar hati apabila ada badan korporat seperti KOPETRO sudi bekerjasama bagi memberi manfaat pada komuniti dan anak seni.
“Jika diikutkan, SENIMAN mahu menganjurkan lebih banyak program sempena Ramadan.
“Namun, disebabkan prosedur operasi standard (SOP), banyak projek tertangguh.DISYORKAN UNTUK ANDA
- Isteri diplomat kutip dana sumbang kepada badan kebajikan
- Jenazah Mariani disemadi bersebelahan pusara Saloma
- BH, JCorp santuni kariah Masjid An-Nur Taman Cendana
- BSN agih 65,000 bungkus bubur lambuk
“Kami adalah badan kebajikan. Ini bermakna jika mahu mencari dana kerajaan, kami perlu menganjurkan program.
“Jadi, apabila tiada dana atau peruntukan, kami banyak bergantung kepada badan korporat seperti KOPETRO,” katanya ketika ditemui BH Online pada program membersihkan Masjid Al-Hidayah di Sentul, semalam.

Aktiviti pembersihan dan disinfeksi dikendalikan Syarikat KVCLEAN.
Perkhidmatan disediakan KOPETRO ini dikatakan mampu menghapuskan 99 peratus virus dengan menggunakan bahan bukan toksik selamat dan bebas alkohol.
Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah KOPETRO, Datuk Abdul Razak Hussain, berkata pihaknya mengagihkan wang tunai dan makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 40 ahli SENIMAN.
“KOPETRO prihatin dengan kebajikan ahli SENIMAN yang banyak terkesan dengan pandemik COVID-19.
“Semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan seni yang banyak menyumbang bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan masyarakat,” katanya.
Antara artis veteran yang menerima sumbangan adalah Datuk Jeffrydin, Maimunah Ahmad atau Mak Jah, Tawil, Chef Yang Jamil, Sophia Ibrahim, Jamaludin Mat, Fredo dan Siti Fairuz.
Ketika ditemui, Jeffrydin tidak sangka masih ada pihak yang prihatin dengan dirinya yang sudah berusia 75 tahun.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada KOPETRO dan SENIMAN kerana masih mengingati kami, iaitu orang seni seperti saya yang sudah berjuang hampir 60 tahun dalam dunia ini.
“Alhamdulillah, bantuan ini sedikit sebanyak boleh saya gunakan untuk menyambut Ramadan.
“Sebelum ini, saya ada banyak program di pusat beli belah tapi sekarang tidak lagi.
“Jadi, boleh dikatakan pendapatan saya sekarang merudum,” katanya.
Kredit: Berita Harian