KUALA LUMPUR: “Belum lancar lagi, ‘free marketing’ (promosi percuma) dah gegar satu negara.”

Itu yang dikongsi selebriti kontroversi, Neelofa melalui coretan di Instagram (IG) Story hari ini, mengenai kekecohan konon melanggar larangan rentas negeri apabila didakwa berbulan madu di Langkawi, sedangkan bekerja bagi memenuhi komitmen dengan pembekal makanan dan minuman, Chatime Malaysia Sdn Bhd, di pulau peranginan itu.

Sambil meminta semua pihak bertenang, melalui coretan itu, Neelofa bagai membayangkan dirinya tidak menyangka kekecohan besar timbul daripada kunjungannya ke Langkawi atas dasar kerja.DISYORKAN UNTUK ANDA

Neelofa meminta semua peminat bertenang melalui perkongsian di IG Story. Foto IG Neelofa
Neelofa meminta semua peminat bertenang melalui perkongsian di IG Story. Foto IG Neelofa

“Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta-juta orang tahu cawangan Chatime akan dibuka di Langkawi,” katanya dalam coretan itu.

Baru-baru ini, warga net kecoh apabila foto Neelofa dan suami, Haris Ismail atau PU Riz berada di Langkawi, viral, lantas ramai mendakwa pasangan pengantin baharu ini sedang berbulan madu.

Sebelum itu, majlis pernikahan Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris di sebuah hotel di ibu negara, Sabtu lalu, mencetuskan kontroversi kerana dikatakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Kelmarin, Chatime Malaysia mengesahkan Neelofa dan suami berada di Langkawi atas urusan kerja.

Pengarah Urusan Kumpulan, Aliza Ali, dilaporkan berkata Neelofa dan suami sedang melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baharu.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *