KUALA LUMPUR: Keterbukaan artis serba boleh, Zulin Aziz berkongsi gambar bersama kekasihnya, Farhan Norzaini mengundang pelbagai spekulasi.
Tanpa berselindung, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz berani memanggil kekasihnya dengan gelaran ‘B’ atau ‘Baby’ menerusi kapsyen dalam Instagram (IG).
Bagaimanapun, sehingga kini, Zulin belum bersedia berkongsi secara mendalam mengenai kisah cinta bersama Farhan.
“Saya dan Farhan kenal sejak setahun lalu. Dia mengenali ketika saya masih berisi lagi. Jadi, tiada tanggapan sudah kurus baru nak ada kekasih.
- Farhan rancang bulan madu di Maldives
- Adam Shahz nikah tahun depan
- Asyik tak jadi, kali ini biarlah rahsia – Zulin Aziz
- ‘Ada kekasih, perlu kecoh satu dunia ke?’
“Farhan selalu menyokong apa sahaja yang saya lakukan termasuklah berniaga dan jadi rakan kongsi perniagaan. Jujurnya, saya sangat cintakan Farhan,” katanya kepada BH Online.
Zulin turut memohon maaf kepada teman media kerana bukan niatnya mahu berteka-teki atau bermain tarik tali soal peribadi pada masa ini.
“Bukan saya nak mengelak menjawab isu perhubungan dengan Farhan. Cuma, kisah cinta biarlah kami simpan buat masa ini.
“Apabila sudah berkahwin, insya-Allah saya berkongsi cerita,” katanya.

Dalam pada itu, Zulin mendedahkan, dia tidak kering gusi membaca komen netizen dalam laman IG mengenai kekasihnya.
“Memang nak tergelak membaca komen netizen dalam media sosial mengenai Farhan. Bagaimanapun, saya mahu menegaskan Farhan bukan pelakon dalam video muzik. Dia juga bukan pelakon untuk mempromosi bisnes saya,” katanya.
Zulin berkata, dia dan Farhan kini mencari rezeki bersama dalam dunia perniagaan.
“Kami mahu membina masa depan bersama. Jadi sokonglah perniagaan sambal di bawah nama sambaltujuh.
“Saya juga mengharapkan doa yang baik baik. Kami sedang berusaha mencari rezeki agar impian dan cita-cita tercapai,” katanya.
Kredit: Berita Harian