KUALA LUMPUR: Imej ‘bad boy’ anggota kumpulan K-Clique, MK, 25, sering mengundang kecaman netizen, apatah lagi, gemar memakai rantai dan gelang emas selama ini.

Selain itu, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan suka menayangkan gambar seksi dan badan berotot tanpa memakai baju dalam laman sosial, Instagram (IG).

Bagaimanapun, MK mengejutkan ramai dengan perubahan yang dilakukan apabila keluar berdakwah bersama kumpulan jemaah tabligh selama tiga hari di Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

MK memuat naik gambar bersama pendakwah bebas, Maulana Helmi. Turut kelihatan menyertai kumpulan jemaah tabligh itu adalah pelakon, Mas Khan.DISYORKAN UNTUK ANDA

Ada yang menyambut baik keputusannya mendalami ilmu agama, tidak kurang juga skeptikal dan menganggap ia bersifat sementara kerana bukan mudah untuk istiqamah. Industri hiburan turut menyaksikan kisah beberapa selebriti melakukan penghijrahan seperti Nabil Ahmad dan Amar Asyraf.

MK berkata, perubahan yang dilakukan ini atas dorongan keluarga dan rakan-rakan.

“Saya sendiri tergerak hati mahu memperbaiki dan mendisiplinkan diri sendiri. Saya mahu mendalami agama Islam.

“Alhamdulillah, saya terima dengan hati terbuka apabila ada yang memuji, tidak kurang juga kurang menghakimi. Terima kasih untuk semua komen, kata semangat, doa, kecaman dan sebagainya. Saya masih orang yang sama dalam dunia hiburan.

“Bagaimanapun, saya manusia biasa yang perlu mencari keseimbangan hidup di dunia dan akhirat di luar skop dunia hiburan. Saya bersyukur dengan komen yang baik. Jika komen sebaliknya pula dijadikan pengajaran. Saya beranggapan pendapat setiap orang tidak salah, masing-masing ada pendirian,” katanya kepada BH Online.

MK memuat naik gambar bersama pendakwah bebas, Maulana Helmi dalam Instagram. - Foto IG MK
MK memuat naik gambar bersama pendakwah bebas, Maulana Helmi dalam Instagram. – Foto IG MK

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Amdan berkata, dia bukannya berubah seratus peratus.

“Saya masih dalam fasa memperbaiki dan mendisiplinkan diri. Saya tidak ambil kisah dengan netizen yang suka menghukum. Tak perlulah saya menyalahkan mereka. Cuma, apa yang lebih penting, saya fokus pada diri sendiri, keluarga, kerjaya dan peminat yang menyokong. Saya sentiasa berdoa dapat menjadi insan lebih baik daripada sebelum ini.

“Saya anggap rezeki apa sahaja yang dikongsi dalam media sosial tular dan mendapat perhatian. Bagi saya, dikecam sudah menjadi perkara biasa.

“Apa yang lebih utama pengalaman yang dilalui membuatkan saya lebih bertanggungjawab. Saya dapat membentuk diri menjadi lebih baik dan berdisiplin,” katanya.

Mengulas pertanyaan, tidakkah bimbang perubahan yang dilakukan silap percaturan atau dianggap hangat-hangat tahi ayam, MK berkata, dia tidak gentar dengan apa sekalipun yang berlaku kerana dirinya hanya manusia biasa.

“Saya ada keluarga, kawan dan orang sekeliling yang akan menegur ke arah kebaikan.

“Dalam apa juga yang dilakukan sebenarnya tiada percaturan. Saya cuma ingin berubah dan memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Jadi, tegurlah jika saya tersilap langkah. Saya hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan,” katanya.

Ditanya apakah perubahan yang dilakukan memberi bayangan mahu berhenti sebagai penyanyi?

“Saya akan terus berkarya dan berkongsi bakat selagi diterima. Namun, saya hanya manusia biasa yang mahu mencari keredaan Allah. Saya mahu hidup diberkati dan memiliki masa depan yang cerah, insya-Allah,” katanya.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *