KUALA LUMPUR: Kejatuhan industri pawagam dikhuatiri memberi kesan buruk kepada sektor perfileman tempatan yang ditunjangi lebih 20,000 tenaga kerja yang terbabit dalam produksi, kreatif, pengedaran, bakat dan pelbagai kemahiran lain.
Pengasas empayar Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, berkata pembikin filem amat terkesan dengan pandemik COVID-19 apabila pawagam tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).ADVERTISING
“Sebagai pembikin filem, kami amat terkesan dengan pandemik COVID-19 yang menjejaskan tiga filem terbitan Skop Productions iaitu Abang Long Fadil 3, Polis Evo 3 dan Mat Kilau.
“Kami mengeluarkan modal yang besar iaitu sebanyak RM20 juta untuk penerbitan ketiga-tiga filem terbabit.DISYORKAN UNTUK ANDA
- Abang Long Fadil 2 ditayang di 120 pawagam
- Polis Evo raih rekod kutipan RM17.3 juta
- Abang Long Fadil 3, Polis Evo 3 kena ‘peram’
- Filem Polis Evo raih kutipan RM8 juta selepas 11 hari tayangan
“Penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) yang agak ketat ke atas industri kreatif memberikan kesan negatif kepada seluruh kelompok warga seni.
“Justeru, saya berharap kerajaan dapat memperhalusi masalah ini sebelum keadaan menjadi lebih parah,” katanya kepada BH Online.
Yusof berkata, kerugian ditanggung pengusaha pawagam sejak pelaksanaan PKP 1.0 hingga ke hari ini perlu diambil kira.
“Tidak mustahil industri pawagam akan lumpuh sepenuhnya dan sukar untuk dipulihkan jika tiada sebarang tindakan diambil kerajaan untuk membantu industri ini,” katanya.
KREDIT: BERITA HARIAN