KUALA LUMPUR: Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25, selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon, Elisya Sandha, 21, petang tadi.

Sheila berkata, majlis yang diadakan secara sederhana dan dihadiri 15 tetamu itu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga aktres popular, Fasha Sandha.

“Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.

“Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.DISYORKAN UNTUK ANDA

“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,” katanya kepada BH

Sheila Rusly menyarung cincin pertunangan di jari bakal menantunya, Elisya Sandha. - Foto IG Hatijah Teh Man
Sheila Rusly menyarung cincin pertunangan di jari bakal menantunya, Elisya Sandha. – Foto IG Hatijah Teh Man

Sheila berkata, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.

“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.

“Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” ujarnya.

Mengulas kriteria Elisya membuatkan hati terbuka menerimanya sebagai bakal menantu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mendedahkan, selain gadis idaman Haq, pelakon Misteri Mona itu juga diyakini mampu membahagiakan anak sulungnya itu.

“Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.

“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” cerita Sheila.

Elisya diapit bakal ibu mentuanya, Sheila Rusly dan ibunya, Hatijah Teh Man pada majlis pertunangannya. - Foto IG Azman Yahya
Elisya diapit bakal ibu mentuanya, Sheila Rusly dan ibunya, Hatijah Teh Man pada majlis pertunangannya. – Foto IG Azman Yahya

Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.

Sementara itu, Elisya ketika dihubungi meluahkan rasa syukur dengan statusnya sebagai tunangan orang.

“Maaf saya agak sibuk hari ini. Apa-apapun, Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik. Terima kasih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Majlis pertunangan itu turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial mereka.

Perkongsian itu dibanjiri ucapan tahniah apabila masing-masing gembira dengan penyatuan dua keluarga itu.

Kredit: Berita Harian

By Azam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *