Semakin melebarkan sayap, pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu kini semakin maju mengusahakan kedai minuman beraskan madu di seluruh Malaysia.

Shuib Sepahtu dan Siti Sarah

Sumber : Instagram Shuib Sepahtu

Namun beigtu, dilaporkan bahawa cawangan terbaharu kedai minuman yang diberi nama BubbleBee milik pelawak itu yang terletak di Jalan Beserah, Kuantan, Pahang terpaksa ditutup gara-gara tidak didaftarkan lesen perniagaan dan juga kad kesihatan.Advertisementhttps://903e8033a4dc9bc3acc711a61ba5be00.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) apabila mereka memuat naik satu hantaran di Facebook rasmi yang memaklumkan bahawa premis berkenaan telah beroperasi tanpa lesen sah.

Kenyataan MPK

Sumber : Facebook Majlis Perbandaran Kuantan  

Ketika meninjau ruangan komen, seorang individu yang mendakwa dirinya salah seorang pekerja yang berkhidmat di bahagian pengurusan jenama cafe berkenaan telah tampil memberikan penjelasan sebenar tentang apa yang sebenarnya terjadi.

Kenyataan Staff BubbleBee

Sumber : Facebook Majlis Perbandaran Kuantan  

Namun begitu, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak Shuib mengenai isu tersebut.

Sekadar info, kedai minuman Bubblebee di Jalan Beserah itu baru sahaja dilancarkan kelmarin beserta satu lagi cawangan yang terletak di Terminal Sentral Kuanta. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih 27 cawangan BubbleBee telah dibuka di seluruh Malaysia.

Kreadit : BeautifulNara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *