Umum mengetahui, bagi mengekang penularan wabak Covid-19, beberapa ruangan sempit dan padat seperti surau di dalam pusat beli belah terpaksa ditutup.
Meskipun, ruangan solat di pusat beli-belah ditutup, namun ia tidak menghalang penyanyi Nubhan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam dengan menunaikan solat.
Perkongsian Nubhan di Instagram menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsikan cara mudah untuk menggunakan bilik persalinan atau ‘fitting room’ yang disediakan untuk solat.

Menerusi video tersebut, Nubhan dilihat membawa bersama sehelai baju ke bilik persalinan sebelum menunaikan solat. Video itu dipercayai dirakam semasa dia dan isteri, Afifah Tawfek sedang berbelanja di sebuah pusat beli belah di Seremban.
Perkongsian penyanyi itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan tindakan tersebut memandangkan solat adalah perkara wajib yang perlu ditunaikan apabila masuk waktunya.
KREADIT : ROTI KAYA